Saturday, October 8, 2011

Pelaburan Emas Di Malaysia

Salam sejahtera pembaca semua.
Anda berminat untuk memulakan pelaburan emas, tetapi tidak tahu di mana hendak bermula. Artikel ini sedikit sebanyak akan mendedahkan bagaimana untuk memulakan pelaburan emas.
Barangkali terdapat beberapa persoalan bermain difikiran anda seperti:
  • Bagaimana hendak membeli emas
  • Berapa modal terlibat
  • Dimana hendak membeli
  • Bagaimana untuk menyimpannya
Emas fizikal atau bukan fizikal?
Terlebih dahulu anda perlu memilih sama ada hendak membeli emas fizikal atau emas kertas. Jikalau emas fizikal, maka
  1. Syiling emas
  2. Gold bar.
adalah pilihan terbaik.
Jika emas fizikal bukan pilihan, terdapat juga akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh berapa bank tempatan seperti Public Bank dan Maybank.
Emas Fizikal
Contoh emas fizikal yang boleh anda miliki adalah seperti berikut:
Syiling Kijang Emas (1 Oz)

Syiling Emas/gold Bar Public Gold








Emas Kertas
Jika anda tidak berminat dengan emas fizikal kerana takut berlakunya kecurian atau kehilangan, alternatifnya adalah membuka akaun simpanan emas.
Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:
1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account
Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.
Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)
Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook
nota kaki: Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.

No comments:

Post a Comment