Wednesday, October 12, 2011

Emas - Penyelamat Kewangan Kita

Emas - Penyelamat Kewangan Kita 

Zaman dahulu emas dan perak menjadi satu matawang dalam urusan seharian sehinggalah ia ditukar kepada matawang kertas. Wang kertas asalnya adalah satu resit kepada emas bermakna ia cuma menjadi sandaran kepada emas. Tetapi zaman sekarang matawang kertas telah dicetak sesuka hati tanpa disandarkan kepada nilai emas. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, nilainya akan menurun. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas itu akan terus ditolak rakyat. Sejarah telah membuktikanbahawa sistem wang fiat ini akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang fiat atau wang kertas di dalah sejarah peradaban manusia.

Antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
   1. Perancis (1715)
   2. Republik Weimer Jerman (1992 hingga 1923)
   3. Hungary (1945 hingga 1946)
   4. Chile (1971 hingga 1981)
   5. Argentina (1975 hingga 1992)
   6. Peru (1988 hingga 1991)
   7. Angola (1991 hingga 1999)
   8. Yugoslavia (1992 hingga 1995)
   9. Belarus (1994 hingga 2002)
  10. Zimbabwe (2000 hingga 2009)

Klik sini untuk membaca kisah kegagalan wang kertas

Sebab itu berlakulah krisis matawang kertas dan peningkatan inflasi yang amat ketara. Di Zimbabwe matawang kertas tidak lagi mengikut nilai yang dicetak di atasnya tetapi perlu ditimbang untuk membeli sesuatu barangan. Harga 3 biji telur di sana juga telah mencecah 100 billion Zimbabwe.
Sehingga kini, Zimbabwe satu-satunya negara yang memegang rekod kadar inflasi tertinggi di dunia iaitu 2.2juta%. Kerana itu juga rakyat Zimbabwe merupakan rakyat termiskin di dunia.
Cuba anda bayangkan jika satu masa nanti Malaysia juga akan jadi macam Zimbabwe. Mungkihkah kita terpaksa bawa segenggam wang kertas untuk membeli seekor ayam? Jika Zimbabwe pernah mengalaminya, kita juga akan menuju arah yang sama jika kita tidak bertindak dan beringat dari sekarang.
Mahukah kita jadi seperti ini? Hanya untuk makan tengahari, kita perlu gunakan wang kertas sebegini banyak. 

Di Malaysia, kita sedang menghadapi inflasi kecil yang mana berlaku tanpa kita sedari. Cuba kita flashback ke zaman dulu. Seingat saya sewaktu saya bersekolah rendah pada tahun 90 an, sehari cukup dengan membawa bekalan duit 30 sen. 20 sen boleh membeli satu pinggan nasi lemak dan 10 sen untuk segelas air. Tapi hari ini seorang pelajar sekolah perlu membawa sekurang-kurang RM3 untuk membeli barang yang sama.


Kelebihan dinar dan dirham ia tidak terjejas langsung dengan inflasi. Saya ambil contoh di Zaman Nabi, seekor kambing dijual pada harga 1 Dinar. Zaman sekarang 1 ekor kambing juga bernilai 1 Dinar. 1 ekor ayam pada zaman Nabi hanya 1 Dirham, zaman sekarang pun 1 ekor ayam masih lagi 1 Dirham. Itulah kelebihan menyimpan Dinar (Emas) dan Dirham (Perak). Ia menyelamatkan kewangan anda dari kadar inflasi yang semakin meningkat.

Ramai orang kata emas mahal..tapi bila masa yang emas murah?? Memang tak pernah murah! Jadi anda kena bermula menyimpan emas sekarang kerana harga emas secara purata naik sekurang-kurangnya 25% setahun. Belum pernah lagi emas turun sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai matawang mereka. Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini. Saya berharap dengan cara ini dapat membuka minda anda mengapa pentingnya menyimpan emas. Sedikit sebanyak anda dapat memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan kekayaan yang sebenarnya.

1 comment: