Wednesday, October 12, 2011

Emas? Kenapa Public Gold?

Emas? Kenapa Public Gold?

Selama saya berkecimpung dalam Pelaburan Emas, ramai yang bertanya pada saya:
Public Gold ni bawah Public Bank ke?

Apa untung simpan emas? Boleh dapat dividen setiap bulan?

Selamat ke beli emas dengan Public Gold?

Kalau beli hari ni bulan depan jual boleh?


Itu antara soalan-soalan popular yang saya terima selepas berkongsi kisah emas dengan saudara-mara dan rakan-rakan. Jawapan kepada soalan-soalan tadi adalah begini:

Public Gold tiada kena mengena dengan Public Bank. Ia adalah satu syarikat yang berdaftar dan mempunyai lesen dari Bank Negara Malaysia. Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas, dinar dan perak. Public Gold berpengkalan di Pulau Pinang dan mempunyai 6 cawangan di seluruh negara. Anda boleh menempah untuk membeli emas atau dinar dari ejen-ejen Public Gold dan berjumpa sendiri dengan ejen untuk mendapatkan emas yang anda tempah. Jadi urusniaga adalah selamat, anda beli emas dapat emas bukan melabur dalam skim emas dan akhirnya melebur.
Dalam masa lebih kurang 8 jam emas diiklan untuk dijual, sudah ada yang bertanya dan dalam masa yang sama ada yang telah membelinya. Ternyata ramai yang mencari emas dari menjual. Nisbah orang yang menjual dan membeli emas adalah 1:5.


Anda sendiri yang dapat emas dan simpan untuk jangka panjang. Keuntungan dari emas adalah dari segi kenaikan harga itu sendiri dan menyimpan emas tidak boleh dalam jangka masa pendek (beli bulan ni jual bulan depan) Dalam hal ini kita cuma menukar cara dari menyimpan wang tunai kepada bentuk emas. Anda boleh menjual atau memajak emas  pada bila-bila masa sekiranya anda memerlukan wang tunai. Anda tidak perlu risau untuk menjual emas yang dalam simpanan anda kerana lebih banyak orang mencari emas dari menjual. Jadi ia sangat-sangat berbaloi berbanding simpanan wang di mana-mana bank atau institusi kewangan lain yang menawarkan dividen di bawah 10% sahaja.

Jadi pantun ini untuk anda;
Puas sudah menanam padi,
Nenas juga di tanam orang,
Puas sudah kita berbudi,
Emas juga dipandang orang.

Pada hujan baiklah panas,
Biar senang menjemur padi,
Pada intan baiklah emas,
Biar senang digadai beli.

Inflasi menyebabkan kuasa beli pengguna semakin berkurangan. Anda bayangkan sendiri RM50 pada 10 tahun lepas boleh membeli lebih banyak barang berbanding RM50 sekarang.
Simpanan emas dan dinar dapat menyelamatkan anda dari kadar inflasi. Mulakan simpanan emas anda pada waktu sekarang dan ingat anda bersusah-susah dahulu sekarang untuk keselesaan anda akan datang. Simpanan emas akan membantu membentuk tahap kewangan anda menjadi lebih baik.

No comments:

Post a Comment