Saturday, October 8, 2011

HARGA EMAS DUNIA DAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat ceria semua.
Saya disini Alhamdulillah sihat sahaja.
Baiklah, untuk pengetahuan anda semua antara soalan favourite yang selalu ditanya oleh pembaca ialah mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.
  1. Kenapa harga emas antara satu penjual dengan penjual lain berbeza?
  2. Kenapa harga emas kat dalam TV3 dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Maybank, Public Bank, Public Gold atau kedai emas?
Jadi untuk posting kali ini saya akan berkongsi maklumat dengan anda mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.
  1. Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.
  2. Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.
Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnya.
Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya:
  • Public Bank GIA
  • Maybank GSPA.
  • Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali.
Bagi harga Public Gold, ia berubah setiap 20 minit so dalam tempoh ini pembeli mempunyai masa untuk ‘lock’ harga dengan dealer Public Gold bagi tujuan pembelian.
Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.
Harga emas bukan harga kawalan.
  1. Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.
  2. Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa
Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold. (spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia untuk belian dan jualan (on the spot).

No comments:

Post a Comment