Monday, October 24, 2011

MENYIMPAN EMAS UNTUK ANAK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca sekalian..
Sekiranya anda membaca artikel ini dan umur anda masih dalam lingkungan 20 tahun, anda dalam keadaan yang bertuah! TAHNIAH kerana pada umur yang muda, anda sudah mula membaca mengenai kewangan.
Ia tidak memerlukan wang yang banyak untuk mendapat pulangan pelaburan yang tinggi. Katakan anda ingin menyimpan untuk anak anda.
Bolehkah anda meletakkan RM2 sehari untuknya bermula pada hari pertama anak anda dilahirkan?
Only RM2 per day for your cute little baby =)
RM2 sehari sekiranya dilaburkan pada pulangan 10% setahun akan memberi jumlah lebih dari RM35,000 untuk pendidikan anak ketika berumur 18 tahun.
Bagaimana pula dengan menukarkan teknik ini dengan membeli 1 dinar pada setiap tahun?
1 Dinar keluaran Public Gold (22 karat @ gred 916)
Ok, berdasarkan kiraan RM2 sehari:
  • Dalam sebulan kita save RM60 untuk anak kita
  • Dalam 6 bulan kita save RM360 untuk anak kita
  • Dalam 12 bulan kita menyimpan RM720 untuk anak kita
  • Ini kalau RM2 sehari. Bagaimana pula bagi mereka yang mampu menyimpan RM100 sebulan untuk anak-anak. Lagi besar emas dapat dibeli e.g 10 gram @ 20 gram.
Cadangan saya adalah untuk membeli 1 Dinar kepada anak kita sejak lahir pada setiap hari jadi nya ataupun dalam bahasa yang mudah 1 tahun, 1 dinar.
1 dinar setahun dengan kadar kenaikan harga emas sebanyak 20% setiap tahun akan memberi jumlah lebih RM35,000 untuk pendidikan anak ketika berumur 18 tahun. 
Tekniknya ialah walaupun hanya meletakkan sedikit wang untuk membeli 1 dinar setiap tahun tetapi dalam jangka masa yang panjang, pulangannya adalah amat tinggi berbanding dengan meletakkan banyak wang dalam tempoh yang singkat.
Sekadar mengimbau harga 1 dinar pada tahun-tahun yang lepas:
  • December 2009 - 1 dinar harganya RM470
Lihat kenaikan harga 1 dinar dalam tempoh 6 bulan =)
Harga 1 Dinar pada hari ini 23 Oktober 2011
Harga emas dari tahun 2000 hingga kini.
Ini baru 1 dinar.. Kalau ibu bapa yang mampu membeli 20 gram pada setiap tahun? For sure anak-anak anda nanti akan dapat lebih dari yang di sebutkan di atas..
Tanpa membuang masa, check status kewangan anda dan buat tindakan sekarang dengan membeli emas untuk kegunaan anak-anak anda nanti. 18 tahun akan datang, skrip dialog antara anda berdua adalah begini =p
  • Bapak: Anakku, ini adalah emas total up 18 dinar yang bapak dan emak kumpul sejak kamu lahir lagi. Inilah yang digunakan untuk membiayai pendidikan kamu sehingga beroleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Power) =p
  • Anak: Terima kasih bapak. Jap nak bukak website public gold check harga ketika ini.. Fuiyoooo.. Sekeping 1 dinar dah RM2,800! 18 keping  dinar darab RM2,800 banyak tu bapak..
  • Bapak: Aih, bapak dulu beli RM800 je sekeping..
  • Anak: Tak apa bapak, bapak simpan je resit tu. Yang penting harga 1 dinar pada hari sekarang tahun 2029 =) Thank you bapak & emak. Love u so much
Kos pengajian Ijazah tempatan dalam tempoh 10 - 15 tahun akan datang

Sunday, October 16, 2011

SEJARAH SYARIKAT PUBLIC GOLD

Sejarah Syarikat Public Gold

Public Gold Milestone







23rd May 2008
Public Fine Gold was incorporated.






30th June 2008
Clearance Letter from The Director of Foreign Exchange Department, Bank Negara Malaysia to trade in physical gold bar.
15th July 2008
Public Fine Gold International Sdn Bhd has increased the share capital of the company from RM100,000.00 to RM500,000.00






1st September 2008
Opening of Main Office in Bukit Jambul.
14th October 2008
Public Fine Gold International Sdn Bhd has increased the shre capital of the company from RM500,000.00 to RM1,000,000.00






18th October 2008
Launching of Public Gold Bar.
30th December 2008
Approval Letter from Monetary Authority of Singapore (MAS) to mint and trade in physical gold bar and coin.






21st February 2009
Seminar in University Malaysia with the title “Revival of Dinar Emas Duty of the Ummah”.
6th April 2009
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Recommendation Letter for cooperative to be our dealer.






8th April 2009
Listed in Malaysian Book of Records.
10th May 2009
Meeting with Tun Dr. Mahathir at on discussion on Dinar.








1st June 2009
Opening of 2nd branch in Bishop Street.






29th June 2009 &
8th July 2009
Published a warning notice in Sin Chew Daily and Berita Harian to prohibit Public Gold Dealers from involving in the get-rich scheme (Skim Cepat Kaya).
July 2009
Sponsored in Champion 2009-Malaysia Chingay Competition.






29th July 2009
Attended Astro interview.
30th July 2009
Memorandum of understanding with Kelantan Golden Trade Sdn Bhd to mint for their Dinar and Dirham Coin.






31st August 2009
  • Memorandum of understanding between Royal Safe and Public Gold.
  • Seminar in University Kebangsaan Malaysia with the title “Satu Mekanisme Pelaburan Dinar Emas”.
8th September 2009
Meeting with Bank Negara Malaysia Currency Department on minting for new series of Kijang Coin.






15th October 2009
MOU with Haynik Mobile Ventures Sdn Bhd to implement live pricing via short messaging service.
1st October 2009
Facebook Launching.






12th October 2009
Opening of 3rd branch in
Bandar Sunway.
1st November 2009
Twitter Launching.






11th November 2009
Astro Media Interview with
Mr. Louis Ng.
23rd November 2009
Mr. Louis Ng accepted interview
from NanYang Siang Pau
(4 pages of full colour interview on Gold.)






29th November 2009
AGM of Koperasi Dagang Emas
Pulau Pinang Berhad.
Dec 2009
Public Gold International Bhd has increased the share capital of the
company to RM 10 million.






13th January 2010
RTM “Biz Malaysia” Live Show interview
with Mr. Louis Ng.
15th January 2010
Implementation of ERP system
By PelionTech Solutions Sdn Bhd.






16th January 2010
Seminar entitled “Seminar Krisis Kewangan Dan Peranan Emas” in Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor.
23th February 2010
Opening of 4th branch in Kelantan.






28th February 2010
  • Launching of Public Jewellery and Public Silver.
  • 1st year Public Gold Anniversary Celebration: Lucky Draw.
3rd March 2010
Opening of 5th branch in Ipoh, Perak.






11th May 2010
Public Gold was successfully registered as our official Trade Mark.
14th June 2010
Mr. Louis Ng accepted interview
from NanYang Siang Pau
(3  pages of full colour interview on Silver.)
 





24th June 2010
Opening of 6th branch in Sungai Petani, Kedah.
5th July 2010
Silver Bullion Bar Listed in Malaysian Book of Records.
 





29th July 2010
Mr. Louis Ng, Founder of Public Gold Group, being honoured with the ‘2010 Most Promising Entrepreneur Award’.
6th September 2010
Diana Danielle Signing Ceremony.


interview with TV9 - pelaburan emas
 





4th October 2010
Opening of 7th branch in Johor.'
 
 
 
Next - PG SENAWANG

Wednesday, October 12, 2011

Rahsia Public Gold Terjawab!!

Rahsia Public Gold Terjawab!!

Dalam blog Jom Kita Simpan Emas (JKSE), saya sering bercerita mengenai emas Public Gold dan Public Dinar. Kenapa saya pilih emas Public Gold dan Public Dinar? Ini sebabnya..

1. Pengeluar gold bar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan assayer 
      (mencipta rekod "The Malaysia Book of Record").
2. Cantik (boleh dijadikan hadiah).
3. Kos pelaburan jongkong emas yg paling murah di Malaysia.
4. Perbezaan harga jualan & belian (spread) yg rendah.
5. Anda akan memiliki emas fizikal.
6. Terdapat sistem penempahan secara online selama 24 jam 
      (syarikat pertama di Malaysia).
7. Anda boleh menempah harga emas tertentu.
8. Memberi jaminan membeli balik emas (Public Gold) mengikut harga
      belian walaupun calar,dibuka sarungnya atau bengkok.
9. Stok sentiasa ada.
10. Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah.

Bagaimana kita nak tahu gold bar Public Gold tulen atau tidak?
Senang saja. Setiap keping gold bar atau gold coin disertakan dengan sekeping sijil yang disahkan oleh Assayer. Assayer adalah pihak yang akan mengiktirafkan ketulenan emas. Nombor siri sijil tersebut akan sama dengan nombor siri pada jongkong emas. Jika anda nak jual balik gold bar, sijil mesti disertakan sekali untuk tujuan memudahkan pemilik baru menjual balik jongkong tersebut.

Bila masa yang paling sesuai nak beli emas? 
Lagi cepat lagi bagus. Tapi pastikan bila ada duit lah. Harga emas sentiasa akan naik, tak kira berapa pun harga masa anda beli tu. Walaupun harga masa anda beli tu mahal bagi anda, sebenarnya anda masih beruntung kerana harga tersebut takkan statik di situ. Harga emas tetap naik untuk jangkamasa panjang dengan syarat anda mesti beli emas fizikal.

Apa nak buat kalau lepas beli, harga turun?
Simpan saja. Tunggu bila harga naik balik, lepas tu jual kalau nak buat untung. Kalau tak, simpan lagi untuk kaut hasilnya sebab emas adalah pelaburan jangka panjang. Walaupun harga emas turun selepas anda beli, anda harus ingat bahawa emas tu masih ada dengan anda. Anda takkan rugi jika pegang emas kerana lagi lama anda pegang, lagi banyak keuntunganan anda dapat. Bebeza pula dengan Unit Trust atau Stock Market, bila harga turun merudum, wang pun hangus.

Emas Public Gold ni diterima tak oleh syarikat lain atau mana-mana goldsmith? (seandainya Public Gold atau Public Dinar tutup)
Emas adalah emas. Bawalah kemana-mana pun, ia tetap emas. Cuba beli cincin emas kat Dubai atau Mekah mahupun Australia, selepas tu jual kat kedai emas di Malaysia. Bila diorg uji dengan mesin ketulenan dan kenal pasti bahawa emas tu emas tulen, sudah pasti mereka ambil. Emas bukan seperti wang fiat. Sebab itu juga masa zaman perang Vietnam, semua orang Vietnam keluar negara bawa emas. Mereka langsung tak bawa duit kertas.





Macam mana hendak beli?
Tanyalah mana-mana ejen, prosedurnya tetap sama. Bila anda dah sedia nak beli, tengok harga kat Public Gold atau Public Dinar. Selepas tu, telefon ejen untuk lock harga. Hanya ejen sahaja yang boleh lock harga. Kemudian, bank-in duit dan telefon ejen untuk penghantaran atau pengambilan di Syarikat Public Gold. Jika anda membuat belian di dalam Facebook atau mana-mana forum, pastikan anda membuat pembayaran di tempat dijanjikan supaya tiada kes penipuan. Anda boleh melakukan akad jual beli di sana. Banyak kes penipuan melibatkan pihak individu sebelum ini.

Berapa banyak patut dibeli? Ada minimum tak?
Minimum untuk Public Gold ialah 10 gram iaitu dalam bentuk jongkong atau bar dan bagi Public Dinar pula ialah 1 Dinar (4.25 gram) iaitu dalam bentuk syiling. Berapa banyak yang anda nak beli adalah tertakluk kepada anda. Tiada had atau syarat untuk sesiapa pun untuk beli emas di Public Gold.

Berapa berat jongkong yang ada?
Public Gold (Jongkong) ketulenan 999
    10 gram     20gram     50gram     100gram     250gram

Public Dinar (Syiling) ketulenan 916
     1 Dinar            5 Dinar            10 Dinar            20gram            50gram            100gram
     (4.25gram)       (21.25gram)     (42.5gram)    

Kalau dah beli,simpan kat mana?
Kalau berani, simpanlah di rumah. Kalau sikit kuantitinya, simpan sahaja macam anda simpan barang kemas. Tapi kalau banyak dan nak lebih ciri-ciri keselamatan, anda boleh simpan di deposit box di mana-mana bank atau sewa Royal Safe Deposit Box di Sunway Mentari bagi yang tinggal di kawasan Lembah Klang. Maklumat harga dan saiz peti simpanan itu boleh anda dapatkan di Public Gold sendiri.

Kalau tinggal di luar negara, bagaimana nak beli?
Cara yang paling logik dan praktikal, minta saudara terdekat di Malaysia samada ibu, ayah, adik beradik, suami atau isteri belikan.

Boleh tak saya invest dengan barang kemas? Emas juga kan?
Boleh tapi kalau memang niat nak melabur, saya nasihatkan terus sahaja beli jongkong atau syiling. Sebabnya? Pertama, harga anda beli pun tinggi sebab tuan kedai tu pastinya akan tambah harga emas dengan harga tukang. itu sudah wajib!! Kedua, bila anda nak jual balik, barang-barang kemas tersebut akan dikira sebagai 'emas terpakai' yang mempunyai susut nilai yang agak tinggi dalam 20% hingga 40%. Jadi, walaupun harga emas tinggi semasa anda hendak menjual emas tersebut, anda masih rugi disebabkan susut nilai itu.

Poh Kong dan Tomei pun ada buat gold bar sendiri. Jadi, bolehlah beli yang tu untuk pelaburan?
Nak beli tu boleh tapi kena jaga baik-baik. Jika jongkong emas tersebut tercalar, tergores, terserpih atau bengkok, jongkong anda itu dah dikira sebagai  'emas terpakai'. Nilai emas itu juga akan dikurangkan seandainya sarungnya dibuka. Sedangkan Public Gold tetap ambik jongkong dia balik bila anda nak jual walaupun calar atau bengkok. Biasanya sarung jongkong emas dibuka apabila melalui proses pajakan. Risiko untuk jongkong emas itu tercalar adalah sangat tinggi kerana pekerja bank semestinya mahu menyenangkan kerja mereka dan mereka berpendapat emas itu bukan milik mereka. Jadi, pilihan di tangan anda. Jika anda merancang untuk tidak sekali-kali memajak emas anda, jongkong emas selain Public Gold boleh menjadi pilhan anda.

Mana mana saya nak jadi dealer?
Senang saja. Bagitau saya, saya akan kongsi cara dan ilmu menjual emas sebanyak mana yang saya tahu. Kemudian, buat pendaftaran di Public Gold dengan membeli nilai stok yang telah ditetapkan oleh Public Gold untuk menjadi dealer. Untuk mendaftar, introducer diperlukan dan saya boleh jadi intoducer anda.

Emas? Kenapa Public Gold?

Emas? Kenapa Public Gold?

Selama saya berkecimpung dalam Pelaburan Emas, ramai yang bertanya pada saya:
Public Gold ni bawah Public Bank ke?

Apa untung simpan emas? Boleh dapat dividen setiap bulan?

Selamat ke beli emas dengan Public Gold?

Kalau beli hari ni bulan depan jual boleh?


Itu antara soalan-soalan popular yang saya terima selepas berkongsi kisah emas dengan saudara-mara dan rakan-rakan. Jawapan kepada soalan-soalan tadi adalah begini:

Public Gold tiada kena mengena dengan Public Bank. Ia adalah satu syarikat yang berdaftar dan mempunyai lesen dari Bank Negara Malaysia. Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas, dinar dan perak. Public Gold berpengkalan di Pulau Pinang dan mempunyai 6 cawangan di seluruh negara. Anda boleh menempah untuk membeli emas atau dinar dari ejen-ejen Public Gold dan berjumpa sendiri dengan ejen untuk mendapatkan emas yang anda tempah. Jadi urusniaga adalah selamat, anda beli emas dapat emas bukan melabur dalam skim emas dan akhirnya melebur.
Dalam masa lebih kurang 8 jam emas diiklan untuk dijual, sudah ada yang bertanya dan dalam masa yang sama ada yang telah membelinya. Ternyata ramai yang mencari emas dari menjual. Nisbah orang yang menjual dan membeli emas adalah 1:5.


Anda sendiri yang dapat emas dan simpan untuk jangka panjang. Keuntungan dari emas adalah dari segi kenaikan harga itu sendiri dan menyimpan emas tidak boleh dalam jangka masa pendek (beli bulan ni jual bulan depan) Dalam hal ini kita cuma menukar cara dari menyimpan wang tunai kepada bentuk emas. Anda boleh menjual atau memajak emas  pada bila-bila masa sekiranya anda memerlukan wang tunai. Anda tidak perlu risau untuk menjual emas yang dalam simpanan anda kerana lebih banyak orang mencari emas dari menjual. Jadi ia sangat-sangat berbaloi berbanding simpanan wang di mana-mana bank atau institusi kewangan lain yang menawarkan dividen di bawah 10% sahaja.

Jadi pantun ini untuk anda;
Puas sudah menanam padi,
Nenas juga di tanam orang,
Puas sudah kita berbudi,
Emas juga dipandang orang.

Pada hujan baiklah panas,
Biar senang menjemur padi,
Pada intan baiklah emas,
Biar senang digadai beli.

Inflasi menyebabkan kuasa beli pengguna semakin berkurangan. Anda bayangkan sendiri RM50 pada 10 tahun lepas boleh membeli lebih banyak barang berbanding RM50 sekarang.
Simpanan emas dan dinar dapat menyelamatkan anda dari kadar inflasi. Mulakan simpanan emas anda pada waktu sekarang dan ingat anda bersusah-susah dahulu sekarang untuk keselesaan anda akan datang. Simpanan emas akan membantu membentuk tahap kewangan anda menjadi lebih baik.

Produk Keluaran Public Silver

Produk Keluaran Public Silver


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca setia blog impian emas..Blog kali ini akan membincangkan produk keluaran PUBLIC SILVER..Jom kita terokaaa...

Produk Public Silver
100gram (baru)
200gram
500 gram

1kilo



Spesifikasi Produk Public Silver (250g,500g,1kg)


Spesifikasi Public Silver 250gram
metal = Ag
saiz (panjang x lebar ) = 35mm x 70mm 
tebal = 10mm 
ketulenan = 999



Spesifikasi Public Silver 500 gram
metal = Ag

saiz (panjang x lebar ) = 40mm x 88mm 

tebal = 14mm 

ketulenan = 999



Spesifikasi Public Silver 1kg
metal = Ag

saiz (panjang x lebar ) = 52mm x 114mm 

tebal = 17mm 

ketulenan = 999
Apa kebaikan beli silver ni??? pasti anda tertanya2 kan?? silver ni bernilai ke x?? jom kita terokaaa...
 

Jika ada sebarang komen atau ilmu yang nak dikongsi,bolehlah komen di blog ini atau hubungi saya..saya bekerja 29jam sehari untuk anda..sedarlah sebelum terlambat..:)


P/S : MINTA JASA BAIK TUAN/PUAN UTK KOMEN DI KOTAK BAWAH YANG DISEDIAKAN BERKAITAN ARTIKEL INI...KOMEN ANDA SBG TITIK UNTUK SAYA MEMPERBAIKI KELEMAHAN BLOG NI..TERIMA KASIH...

Emas - Penyelamat Kewangan Kita

Emas - Penyelamat Kewangan Kita 

Zaman dahulu emas dan perak menjadi satu matawang dalam urusan seharian sehinggalah ia ditukar kepada matawang kertas. Wang kertas asalnya adalah satu resit kepada emas bermakna ia cuma menjadi sandaran kepada emas. Tetapi zaman sekarang matawang kertas telah dicetak sesuka hati tanpa disandarkan kepada nilai emas. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, nilainya akan menurun. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas itu akan terus ditolak rakyat. Sejarah telah membuktikanbahawa sistem wang fiat ini akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang fiat atau wang kertas di dalah sejarah peradaban manusia.

Antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
   1. Perancis (1715)
   2. Republik Weimer Jerman (1992 hingga 1923)
   3. Hungary (1945 hingga 1946)
   4. Chile (1971 hingga 1981)
   5. Argentina (1975 hingga 1992)
   6. Peru (1988 hingga 1991)
   7. Angola (1991 hingga 1999)
   8. Yugoslavia (1992 hingga 1995)
   9. Belarus (1994 hingga 2002)
  10. Zimbabwe (2000 hingga 2009)

Klik sini untuk membaca kisah kegagalan wang kertas

Sebab itu berlakulah krisis matawang kertas dan peningkatan inflasi yang amat ketara. Di Zimbabwe matawang kertas tidak lagi mengikut nilai yang dicetak di atasnya tetapi perlu ditimbang untuk membeli sesuatu barangan. Harga 3 biji telur di sana juga telah mencecah 100 billion Zimbabwe.
Sehingga kini, Zimbabwe satu-satunya negara yang memegang rekod kadar inflasi tertinggi di dunia iaitu 2.2juta%. Kerana itu juga rakyat Zimbabwe merupakan rakyat termiskin di dunia.
Cuba anda bayangkan jika satu masa nanti Malaysia juga akan jadi macam Zimbabwe. Mungkihkah kita terpaksa bawa segenggam wang kertas untuk membeli seekor ayam? Jika Zimbabwe pernah mengalaminya, kita juga akan menuju arah yang sama jika kita tidak bertindak dan beringat dari sekarang.
Mahukah kita jadi seperti ini? Hanya untuk makan tengahari, kita perlu gunakan wang kertas sebegini banyak. 

Di Malaysia, kita sedang menghadapi inflasi kecil yang mana berlaku tanpa kita sedari. Cuba kita flashback ke zaman dulu. Seingat saya sewaktu saya bersekolah rendah pada tahun 90 an, sehari cukup dengan membawa bekalan duit 30 sen. 20 sen boleh membeli satu pinggan nasi lemak dan 10 sen untuk segelas air. Tapi hari ini seorang pelajar sekolah perlu membawa sekurang-kurang RM3 untuk membeli barang yang sama.


Kelebihan dinar dan dirham ia tidak terjejas langsung dengan inflasi. Saya ambil contoh di Zaman Nabi, seekor kambing dijual pada harga 1 Dinar. Zaman sekarang 1 ekor kambing juga bernilai 1 Dinar. 1 ekor ayam pada zaman Nabi hanya 1 Dirham, zaman sekarang pun 1 ekor ayam masih lagi 1 Dirham. Itulah kelebihan menyimpan Dinar (Emas) dan Dirham (Perak). Ia menyelamatkan kewangan anda dari kadar inflasi yang semakin meningkat.

Ramai orang kata emas mahal..tapi bila masa yang emas murah?? Memang tak pernah murah! Jadi anda kena bermula menyimpan emas sekarang kerana harga emas secara purata naik sekurang-kurangnya 25% setahun. Belum pernah lagi emas turun sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai matawang mereka. Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini. Saya berharap dengan cara ini dapat membuka minda anda mengapa pentingnya menyimpan emas. Sedikit sebanyak anda dapat memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan kekayaan yang sebenarnya.

2014 – Harga Emas Dijangka MELONJAK NAIKKKKK !!!!!

2014 – Harga Emas Dijangka MELONJAK NAIKKKKK !!!!!


Assalamualaikum,
Sedikit berita baik untuk penggemar-penggemar emas. Har ini dalam akhbar-akhbar utama memaparkan berita2 berkenaan jangkaan kenaikkan harga emas menjelang tahun 2014. Jom kita tengok apa yang dibincangkan dalam akhbar tersebut

Harga emas RM202.57 segram

Oleh Mahanum Abdul Aziz

pix_gal0
KLIK UNTUK BESARKAN

Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014

HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.
Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.
Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.

Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.
“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.
Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.
Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.
“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.
Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.
Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.
Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.
Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.
Sumber: Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Sumber: The Star
Semoga anda sebagai penggemar Emas smua terhibur dengan berita baik ini. InsyaAllah :)
Sekian, Assalamualaikum..

Saturday, October 8, 2011

HARGA EMAS DUNIA DAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat ceria semua.
Saya disini Alhamdulillah sihat sahaja.
Baiklah, untuk pengetahuan anda semua antara soalan favourite yang selalu ditanya oleh pembaca ialah mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.
  1. Kenapa harga emas antara satu penjual dengan penjual lain berbeza?
  2. Kenapa harga emas kat dalam TV3 dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Maybank, Public Bank, Public Gold atau kedai emas?
Jadi untuk posting kali ini saya akan berkongsi maklumat dengan anda mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.
  1. Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.
  2. Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.
Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnya.
Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya:
  • Public Bank GIA
  • Maybank GSPA.
  • Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali.
Bagi harga Public Gold, ia berubah setiap 20 minit so dalam tempoh ini pembeli mempunyai masa untuk ‘lock’ harga dengan dealer Public Gold bagi tujuan pembelian.
Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.
Harga emas bukan harga kawalan.
  1. Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.
  2. Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa
Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold. (spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia untuk belian dan jualan (on the spot).

Pelaburan Emas Di Malaysia

Salam sejahtera pembaca semua.
Anda berminat untuk memulakan pelaburan emas, tetapi tidak tahu di mana hendak bermula. Artikel ini sedikit sebanyak akan mendedahkan bagaimana untuk memulakan pelaburan emas.
Barangkali terdapat beberapa persoalan bermain difikiran anda seperti:
  • Bagaimana hendak membeli emas
  • Berapa modal terlibat
  • Dimana hendak membeli
  • Bagaimana untuk menyimpannya
Emas fizikal atau bukan fizikal?
Terlebih dahulu anda perlu memilih sama ada hendak membeli emas fizikal atau emas kertas. Jikalau emas fizikal, maka
  1. Syiling emas
  2. Gold bar.
adalah pilihan terbaik.
Jika emas fizikal bukan pilihan, terdapat juga akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh berapa bank tempatan seperti Public Bank dan Maybank.
Emas Fizikal
Contoh emas fizikal yang boleh anda miliki adalah seperti berikut:
Syiling Kijang Emas (1 Oz)

Syiling Emas/gold Bar Public Gold








Emas Kertas
Jika anda tidak berminat dengan emas fizikal kerana takut berlakunya kecurian atau kehilangan, alternatifnya adalah membuka akaun simpanan emas.
Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:
1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account
Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.
Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)
Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook
nota kaki: Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.